Pages

Monday, April 8, 2013

Kek Tapak Kuda

Resipi ni saya ambil dari blog bro Rozzan di http://rozzan.blogspot.com/2006/11/kek-tapak-kuda.html


Kek Tapak Kuda
(Sumber Resipi : Aini Salim)

Bahan
10 biji kuning telur
5 biji putih telur
225g gula castor
110g tepung gandum atau tepung halus (saya gunakan tpg Hong Kong)
10g susu tepung atau tepung aiskrim vanilla
135ml mentega cair
1 sudu makan rata penstabil (ovalette)
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh perasa coklat (saya gunakan chocolate emulco)
1/2 sudu teh serbuk penaik
coklat nutella atau pes kacang hazel

Cara :
1. Satukan telur, gula dan penstabil, lalu pukul perlahan hingga naik dan pekat. Masukkan tepung, susu dan serbuk penaik. Pukul lagi hingga rata.
2. Masukkan mentega cair dan esen vanila, kacau rata.
3. Ambil 5 senduk adunan dan masukkan perasa coklat. Kacau hingga rata. Baki adunan yg plain dimasukkan ke dalam piping bag.
4. Sediakan 2 loyang berukuran 10x10x1 inci, alas dengan kertas dan sapu dengan mentega. Tuang adunan coklat dan ratakan di dalam loyang. Kemudian, picitkan adunan plain dari piping bag- sejalur demi sejalur hingga menutup adunan coklat tadi.(sbb kalau kita tuangkan adunan plain tadi ke atas adunan coklat yg dah rata tu dgn senduk/sudu, tentu ianya tak menjadi rata).
5. Bakar didalam ketuhar bersuhu 180c selama 20-25 minit. Sejukkan seketika.
6. Keluarkan kek dari dalam loyang. Potong tepi keliling kek. Sapu Nutella atau pes kacang hazel di atas lapisan coklat dan lipat dua kek tu. Bungkus dengan kemas dan simpan didalam peti sejuk.

Monday, January 28, 2013

Resipi Bingka Kentang Pontianak

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya rasmikan blog ni dengan berkongsi resipi Bingka Kentang Pontianak kerana idea untuk menamakan blog ini diperoleh setelah terfikir mengenai keenakan bingka ini.

Saya mengenali Bingka Kentang Pontianak semasa lawatan kali kedua saya ke Kota Pontianak setelah mendapat saranan daripada kawan yang pernah menikmatinya. Dan memang betul, rasanya yang lembut, berlemak dan manis telah memikat hati saya. Perbezaan bingka ini dengan bingka di tempat kita adalah teksturnya yang lembut, sangat lembut okay...

Baiklah, saya kongsikan resepi yang telah saya ubahsuai sedikit. Resepi ini saya perolehi dari internet lama dahulu sehingga tak ingat dah sumbernya. Walau bagaimanapun, kalau kita google sekarang, resepi ini pasti akan dapat ditemui di dalam blog-blog.


Bahan-bahannya

160 gram gula pasir (dikemaskini pada 17 dec 2013 selepas berpuashati dgn kadar kemanisan bingka. resepi asal guna 250 gram gula)
3 biji telur ayam
75 gram tepung gandum
600ml santan kotak
1/2 sudu teh vanilla
1/2 sudu teh garam
250 gram kentang (rebus dan lenyek)

Cara membuatnya

  1. Pukul gula pasir dan telur ayam sehingga kembang.
  2. Masukkan kentang yang sudak dilenyek(boleh juga blend bersama sebahagian santan) diikuti dengan tepung gandum yang telah diayak.
  3. Kemudian, masukkan santan, vanilla dan garam. Pukul hingga sebati.
  4. Lengser loyang dengan mentega dan taburkan dengan tepung (supaya mudah dikeluarkan).
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang tersebut sehingga hampir penuh (tinggalkan ruang untuk adunan bingka mengembang semasa dimasak)
  6. Masukkan ke dala  oven dan bakar menggunakan api atas bawah dengan suhu 180 darjah celcius selama 45 minit. *Sekiranya menggunakan oven serikin (oven gas), bakar selama 45 minit menggunakan api bawah dan 10 minit kemudian menggunakan api atas. Kekuatan api sederhana.
Satu adunan boleh menghasilkan 4 acuan bunga pecah 6.

Selamat menjamu selera dan selamat mencuba!